Platfrom NFT milik pengasas Twitch digodam

Seminggu selepas dilancarkan, pelantar jualan barangan dan kosmetik dalam permaianan melalui NFT milik Pengasas bersama Twitch Justin Kan iaitu Fractal sudah digodam.

Melalui kenyataan Fractal, mereka menyatakan penggodam itu mendapat akses ke saluran Discord Fractal sebelum meninggalkan satu pautan iklan penjualan NFT, dan kemudiannya berjaya ‘menjual’ 3,294 NFT sebelum pautan itu gagal diakses. 

Seramai 373 daripada komuniti Fractal telah menjadi mangsa dan mencatatkan kerugian keseluruhan sebanyak AS$150,000.

Pihak Fractal, Justin Kan sendiri menggunakan Twitternya melaporkan hal ini dan sedang berusaha untuk mengembalikan semula wang mangsa.

Sumber: EuroGamer.

 

 

TAGS

RELATED NEWS

+