Playdate, alat peranti handheld 1-bit sudah terjual sebanyak 20,000 unit dalam masa 20 minit

Playdate sebuah peranti permainan handheld 1-bit sudah terjual sebanyak 20,000 unit dan ia hanya mengambil masa sebanyak 20 minit.

Seperti yang dilaporkan oleh TechCrunch, Panic mengatakan bahawa penganggaran penghantarannya dengan tepat mengesahkan bahawa 20,000 unit handheld sudah terjual dalam waktu kurang dari 20 minit. Perkara itu berlaku ketika mereka mengadakan pra-pesanan pada 29 Julai.

Pembelian selepas itu masih diterima, tetapi ia tidak mungkin akan hadir ke pelanggan sehingga 2022. Pelancaran pra-pesanan Playdate tidak lancar tanpa sebarang masalah teknikal. Panic mengakui di Twitter bahawa kedai dalam taliannya mengalami beberapa kesulitan pada masa itu, terutamanya berkaitan dengan pesanan antarabangsa. 

Beberapa pelanggan antarabangsa mengalami masalah ketika berusaha untuk memilih negara mereka untuk pengiriman, sementara masalah lain dengan penjejasan stok untuk jangka masa yang singkat di mana info di telefon bimbit menunjukkan stok sudah habis terjual.

Panic mengatakan bahawa ia sedang berusaha untuk membuat rancangan terbaik untuk pesanan antarabangsa yang tertangguh kerana kegagalan sistem mereka. Meskipun mempunyai banyak masalah teknikal, syarikat itu kagum dengan sambutan oleh peminat terhadap pesanan Playdate yang pertama ini.

Panic juga mengatakan dalam ciapan lain bahawa ada kemungkinan pesanan 2023 bucket untuk menyampaikan pesanan yang tertunggak sebelum ini. Akan tetapi, syarikat berpendapat ia sedikit sukar untuk sampai ke arah itu.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

TAGS

RELATED NEWS

+