Playoffs MPL MY musim ketujuh akan disertai Soloz, Daddyhood, Penjahat dan ramai lagi

Nampaknya playoffs Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL MY) musim ketujuh lebih hangat biarpun akan diadakan secara dalam talian.

Dalam pengumuman semalam, personaliti e-sukan akan dijemput untuk menjadi pengulas bagi beberapa perlawanan. 

Nama-nama terkenal seperti Soloz, Daddyhood, Penjahat, MasterRamen dan FanCFreakz dijemput untuk mengulas sebagai tetamu istimewa.

Playoffs kali ini penting bagi menentukan siapa dua wakil Malaysia akan layak ke Piala Asia Tenggara (MSC 2021) akan berlangsung pada 7 Jun hingga 13 Jun ini.

RELATED NEWS

+