PlayStation 4 akhirnya ‘jailbroken’ dengan mudah, membuka pintu untuk ‘modders’ sedunia

PlayStation 4 adalah konsol generasi lepas dari Sony, tetapi masih terdapat ramai peminat pembangunan. Jelas sekali terdapat emulator yang sedang dalam usaha, dan pengguna yang ingin menggunakan homebrew, atau program buatan sendiri, pada PlayStation 4 dapat dilakukan tetapi hanya pada perisian tegar 7.55.

Kini jailbreak baharu dikeluarkan untuk perisian tegar 9.00, dengan perisian tegar rasmi terkini ialah 9.03.

Jailbreak bermaksud mengubah suai sesuatu peranti untuk mengelak atau menurunkan sekatan yang dikenakan oleh pembangun atau pengendali untuk membenarkan pemasangan perisian yang tidak dibenarkan secara rasmi.

Jailbreak PlayStation 4 ini tidak berfungsi untuk perisian tegar 9.03, dan pepijat dapat ditemui oleh pembangun apabila melihat perbezaan antara kernel dalam perisian tegar 9.00 dan perisian tegar 9.03. Eksploit ini, yang digelar ‘pOOBs4’, dibangunkan oleh SpecterDev,Chendochap danZnullptr.

Melaksanakan eksploitasi ini memerlukan USB dan akses kepada fail HTML melalui pelayar internet PS4, sama ada dihoskan secara tempatan atau dihoskan pada laman web.

Znullptr juga menyebut bahawa eksploitasi kernel boleh menjejaskan PlayStation 5, walaupun eksploitasi itu belum siap atau dikeluarkan kerana pembangun utama tidak mempunyai PlayStation 5.

Dengan eksploitasi ini, pengguna konsol PlayStation 4 dapat memberi nafas baru kepada konsol yang sudah ketinggalan generasi. Jailbreak ini juga memberikan kebebasan kepada pemain untuk menjalankan perisian yang mampu meningkatkan pengalaman permainan di konsol itu.

Sumber rujukan: Kotaku

RELATED NEWS

+