PlayStation 4 Pro Edisi Kingdom Hearts 3 Diumumkan Bagi Pasaran Malaysia – Berharga RM2,049

Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan edisi PlayStation 4 Pro Kingdom Hearts III terbaru dalam masa terhad.

Ia akan tiba di pasaran Malaysia pada 29 Januari ini dengan harga RM2,049. Edisi masa terhad ini termasuk:

  • PS4 Pro dengan 1TB HDD yang direka has.
  • Satu alat kawalan DualShock 4.
  • Kingdom Hearts III (English) edisi fizikal.
  • Kod baucar untuk tema original Kingdom Hearts III PS4.
  • Kod baucar untuk senjata Keyblade (in-game item).
  • Kod baucar untuk DLC sehingga 25 Januari 2020.
  • Langganan PlayStation Plus selama 3 bulan.
  • Waranti konsol PS4 selama setahun.

Dari segi rekaannya, berkas ini  berwarna hitam dengan renda hitam di atasnya yang dihiasi ikonografi Kingdom hearts seperti bentuk hati, mahkota dan senjata Keyblade. 

Korang boleh mula dapatkannya pada 29 Januari ini di pengedar rasmi PlayStation seluruh negara.

RELATED NEWS

+