PlayStation 5 Bukan Sebab Sony Membatalkan PlayStation Experience Tahun Ini

Sony mengumumkan mereka takkan hoskan PlayStation Experience lagi tahun ini. Kebiasannya, mereka mengadakan acara berprestij ini di Las Vegas dan Anaheim sepanjang tahun pada Disember.

Peminat pula mengatakan tindakan Sony bukan saja untuk cut budget tapi juga untuk bersiap sedia menghadapi musim 2019 yang penuh dengan permainan menarik; tak dilupakan juga PlayStation 5.

Tapi seorang analis, Michael Pacter mengatakan PS5 bukan masalahnya. Dalam laporan dari Gaming Bolt, langkah ini lebih kepada untuk menyimpan duit bagi jangka masa panjang.

“Saya percaya ia untuk jimatkan bajet. Mereka rasakan perbelanjaan itu tak mendatangkan pulangan yang memberangsangkan. Jadi saya rasa ia tak ada kaitan dengan pelancaran PS5,”

Pendedahan The Last of Us Part II dan Marvel vs Capcom: Infinite di PlayStation Experience adalah antara highlights yang kita saksikan di acara ini. 

Dengan pengumuman acara tahun ini yang dihentikan, Sony mungkin akan fokus pada permainan seterusnya untuk 2019 termasuk Dreams dan Days Gone malah judul popular seperti Death Stranding dan The Last of Us Part II yang belum menerima tarikh keluaran.

Bagi peminat, tahun 2019 perlunya ada PlayStation Experience untuk Sony mendedahkan mengenai PlayStation 5.. harap-haraplah.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+