Mungkin ini bukan masa yang terbaik untuk anda membeli PlayStation 5 kerana menurut wartawan dari Itali ini PlayStation 5 Pro (PS5 Pro) wujud dan akan keluar tidak lama lagi.
Lorenzo Fazio mengatakan PS5 Pro betul-betul wujud.
Fazio mengatakan terdapat pembangun permainan video yang terpaksa menunda pengeluaran permainan video mereka kerana Sony akan mengeluarkan konsol terbaru.

Foto: Sony Interactive Entertainment Inc
PlayStation 5 Pro dikatakan lebih berkuasa dan pantas dari PS5 yang asal.
Beberapa pembangun di Gamescom baru-baru ini juga mengatakan mereka sudah menerima spesifikasi untuk PS5 Pro.
Sony setakat ini hanya berdiam diri mengenai pelancaran PS5 Pro dan masih belum diketahui bila tarikh sebenar pelancaran konsol terbaru ini.
Ramai juga membuat spekulasi konsol ini akan dilancarkan tahun ini atau tahun hadapan.
Semua ini hanya khabar angin dari individu bekerja dalam industri permainan video sahaja.