PlayStation 5 tak ada backward compability dengan PS3, PS2 dan PS1, kata Ubisoft

Bagi pengguna PlayStation 5 nanti, mereka mempunyai kelebihan backward compatibility dengan beberapa judul PlayStation 4 tapi malangnya ia hanya setakat itu saja kerana permainan PlayStation, PlayStation 2 atau PlayStation 3 tidak dapat dimainkan di konsol generasi baharu itu.

Sony bagaimanapun tidak pernah menjanjikan backward compability ini di mana-mana platform selain PS4. 

Ketika dilancarkan nanti, PS5 akan menyokong lebih 4,000 judul PS4, kata Naib Presiden Kanan perancangan platform dan pengurusan Sony, Hideaki Nishino pada Mac lalu.

Beberapa pembangun seperti CD Projekt Red dan Treyarch/Raven Software masing-masing menyokong permainan PS4 mereka di PS5 iaitu Cyberpunk 2077 dan Call of Duty: Black Ops Cold War.

Setakat artikel ini ditulis, Sony masih belum mengeluarkan kenyataan tentang itu.

Sumber rujukan: Polygon

RELATED NEWS

+