PlayStation bakal membuat handheld baru

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Sony telah mempunyai dua peranti terbaik bagi konsol mudah alih mereka iaitu PSP dan PSVita.

Tetapi kedua-dua peranti ini telah berkubur dek zaman.

Terdapat ura-ura baru mengatakan Sony bakal membuat peranti mudah alih mereka sendiri yang bakal menjadi lawan buat Nintendo Switch 2.

Walaupun dengan pelancaran PS Portal, ini bukanlah apa yang peminat mahukan kerana anda memerlukan PlayStation 5 semata-mata untuk menggunakan PS Portal.

Hanya Sony yang mempunyai keupayaan untuk berlawan dengan Nintendo setakat ini bagi konsol mudah alih.

Menurut Bloomberg, produk ini adalah untuk menjadikan Sony salah satu lawan buat Nintendo dalam pasaran permaina video mudah alih.

Ramai peminat teruja degan berita ini dan jika betul, Sony juga bakal berlawan dengan Microsoft yang juga akan menyertai pasaran ini.

Laporan itu juga mengatakan, Sony mahukan peranti ini berfungsi sama seperti Steam Deck dari Valve.

Apa yang boleh kita buat hanya berharap dan menantikan pengumuman dari Sony sendiri.

 

Rujukan: Bloomberg

RELATED NEWS

+