PlayStation Plus: Dapatkan Chronicles of Teddy: Harmony of Exidus & WipEout Omega Collection Secara Percuma Untuk Ogos 2019

PlayStation Asia telah mengumumkan senarai game percuma khas untuk pelanggan PlayStation Plus pada bulan Ogos 2019.

Berikut adalah dua game percuma yang mana pelanggan bakal boleh muat turun bermula pada 7 Ogos sehingga 3 September:

  • Chronicles of Teddy: Harmony of Exidus – game pixel art 2D aksi Metroidvania yang mana menceritakan seorang budak perempuan biasa bertukar jadi wira bernama Taran selepas memasuki alam lain untuk menyelamatkan kawannya, Teddy.

  • WipEout Omega Collection – gabungan siri game WipEout yang mana pemain akan berlumba dalam kereta futuristik tanpa graviti. Terdapat tiga game yang diperbaharui (remastered) dalam satu koleksi iaitu WipEout HD, WipEout HD Fury dan WipEout 2048.

Bagi mereka belum lagi dapatkan game percuma bulan lepas, korang masih sempat muat turun Detroit: Become Human dan Aegis Defender untuk bulan Julai dan pastikan korang muat turun sebelum tiba 6 Ogos 2019!

Bermula pada hari ini (1 Ogos), harga baru PlayStation Plus dikuatkuasakan iaitu peningkatan harga sebanyak 23%.

Sumber: PlayStation Asia

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+