The Last of Us Part II dan pelbagai game baru seperti Aftermath, Wattam, L.A Noire VR dan banyak lagi."> The Last of Us Part II dan pelbagai game baru seperti Aftermath, Wattam, L.A Noire VR dan banyak lagi." /> The Last of Us Part II dan pelbagai game baru seperti Aftermath, Wattam, L.A Noire VR dan banyak lagi." />

PlayStation Plus: Dapatkan The Last of Us Remastered & MLB The Show 19 Secara Percuma Untuk Oktober 2019

PlayStation baru sahaja menyiarkan rancangan State of Play iaitu menyajikan berita game terbesar seperti The Last of Us Part II dan pelbagai game baru seperti Aftermath, Wattam, L.A Noire VR dan banyak lagi.

Selain itu, mereka juga sempat mengumumkan game percuma bakal tiba untuk PlayStation Plus. Berikut adalah dua game yang diberikan khas untuk pelanggan PS Plus bagi rantau Asia (R3) bermula pada 2 Oktober sehingga 5 November:

  • The Last of Us Remastered – game aksi seram dibangunkan oleh Naughty Dog mengisahkan seorang bapa bernama Joel yang kehilangan anaknya selepas dunia diserang wabak Cordyceps yang menukarkan semua orang jadi zombi. 20 tahun kemudian, dia ditugaskan untuk ‘menyeludup’ seorang gadis bernama Ellie yang imun kepada Cordyceps merentasi seluruh Amerika Syarikat dengan harapan untuk mencipta penawar.

  • MLB The Show 19 – ini bukan MLBB. Ini adalah game simulasi sukan besbol dibangunkan oleh San Diego Studio berlandaskan Major League Baseball. Game ini turut menonjolkan atlet besbol sebenar seperti Bryce Harper, bintang penjaga kawasan luar (outfielder) untuk pasukan Philadelphia Phillies.

Bagi yang belum dapatkan lagi game percuma untuk bulan September, dapatkan Batman: Arkham Knight dan Darksiders 3 sekarang sebelum 2 Oktober 2019.

Sumber: PlayStation Asia

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+