Plot Dan Gameplay Death Stranding Diperlihatkan Dalam Trailer Terbaru

Kita dah lama menunggu untuk permainan video terbaru Hideo Kojima iaitu Death Stranding. Dalam persidangan Sony di E3 2018 sebentar tadi.

Dalam trailer terbaru ini, gameplay dan elemen penceritaan ditunjukkan dengan karakter utama (menggunakan wajah Norman Reedus) mengembara di kawasan pergunungan.

Karakter Norman Reedus mempunyai tatut tengkorang di tangannya dan video menyaksikan beliau bergerak dalam persekitaran berbeza. Gameplay menunjukkan beliau merentasi sungai, memanjat gunung, berjalan di dataran luas dan di kawasan seakan planet Marikh yang mana ada dron berterbangan. 

Mesej cuba disampaikan dalam trailer itu ialah “Give me your hand in life,” “Give me your hand in death,” “Give me your hand in flesh,” dan “Give me your hand in spirit.”

Babak terakhir menyaksikan Reedus bertemu dengan wanita yang membantunya mengelak dari raksasa yang terapung dan invisible. Bagaimanapun akhir sekali mereka (Reedus bersama bayi) berjaya melihat raksasa itu dengan menggunakan satu gajet tapi ketika mereka berjalan di depannya, raksasa itu perasan dan menariknya ke tanah.

Malangnya, tak ada tarikh rasmi ataupun gameplay apa ditunjukkan dalam trailer ini.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+