PMCO: AROV Esports Umum Tiga Nama Baru Ke China

Pasukan kompetitif PUBG Mobile, AROV Esports mengumumkan tiga nama baru bagi penyertaan liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split di Shanghai, China.

Difahamkan, keputusan ini dibuat selepas line-up asal yang dilaporkan memenangi Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) tidak dapat ikut sama atas sebab tertentu. Contohnya, Lunar sibuk dengan ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Fazu pula dengan Ujian Akhir Tahun untuk Matrikulasi dan AmyPro berhadapan isu dokumen tidak lengkap seperti yang sebelum ini.

Di bawah adalah line up baru di bawah pimpinan AROV Boyka:

 

1. Muhammad Danny ‘火Jenny’ Irfan bin Bakri

Muhammad Danny ‘火Jenny’ Irfan bin Bakri
Umur: 16 Tahun
Instagram: @dxnyyjerr

 

2. Fairul Iskandar ‘Putra’ Putra Bin Muazamshah

Fairul Iskandar ‘Putra’ Putra Bin Muazamshah
Umur: 16 Tahun
Instagram: @putrazrael

 

3. Mohammad Umarul ‘Smokey’ Hakimi bin Mohd Nasarudin

Mohammad Umarul ‘Smokey’ Hakimi bin Mohd Nasarudin
Umur: 22 Tahun
Instagram : @Hakimi_naza

Pengurus pasukan tersebut, Danial Rusli tidak menyorokkan kekecewaan terhadap perubahan ini namun dia tetap positif.

“Saya berpuas hati dengan pencapaian line up baru ini kerana mereka mempunyai bakat luar biasa dan masih muda. 

“Pemilihan dibuat mengikut merit yang diberikan oleh kapten, Khairunnazri Boyka” Masli yang memantau pemain ini dalam custom room dan scrim. Selaku kapten, dia lebih mengetahui peranan yang sesuai untuk setiap pemain ini.

“Saya doakan mereka mampu menghadapi cabaran akan datang sewaktu di sana nanti,” tulisnya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi AROV Esports.

Mereka dijangka terbang ke Shanghai, China pada 6 atau 7 September ini.

Liga Asia Tenggara PMCO Fall split akan berlangsung pada 18 September hingga 20 Oktober di Shanghai, China mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul RM131,000.

Ia membariskan 20 pasukan profesional PUBG Mobile dari Thailand, Malaysia, Indonesia dan Vietnam serta 4 slot wildcard untuk bertanding selama sebulan bagi melayakkan diri ke Kejohanan Musim Luruh Asia Tenggara PUBG Mobile. 

Artikel berkaitan: VIP Squad, Junior Talent, AROV, Team Secret dan Yoodo Gank layak ke Fall Split

Foto: Facebook AROV Esports

RELATED NEWS

+