15 lagi pasukan lain untuk layak ke finals."> 15 lagi pasukan lain untuk layak ke finals." /> 15 lagi pasukan lain untuk layak ke finals." />

PMCO: Kami Akan Buat Yang Terbaik, Demi Malaysia! – Team Secret

Selepas berhempas pulas di kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) SEA Grand Finals sebelum ini, Team Secret dah bersedia berangkat ke Berlin, Jerman bagi menghadapi PMCO Global Prelims (pusingan kelayakan) yang mana mereka perlu berentap bersama 15 lagi pasukan lain untuk layak ke finals.

Kejohanan itu akan bermula pada 20 hingga 21 Julai ini (prelims) dan disambung semula pada 26 hingga 28 Julai (global finals). Sebanyak USD400,000 (RM1.64 juta) dipertandingkan dalam kejohanan penamat bagi PMCO Spring ini.

Team Secret dianggotai oleh BiuBiu, Stewart9k, SinB Neo dan AlexER.

Dalam posting di atas, mereka sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk bertolak ke Berlin. Mari kita doakan mereka dapat rehat secukupnya dan berlatih bersungguh-sungguh untuk dapat kedudukan lima teratas dalam pusingan kelayakan ini!

Selain layak ke PMCO Spring Global Finals Prelims, Team Secret juga antara empat pasukan terbaik yang layak ke liga Asia Tenggara PMCO Fall Split yang akan dianjurkan di Bangkok, Thailand tak lama lagi.

Mereka bersama VIP, Junior Talent dan AROV Esports akan menyertai Yoodo Gank yang menerima jemputan terus ke liga itu.

Gambar featured image: Onthego Productions

RELATED NEWS

+