PMGC: BTR raih ranking pertama di Super Weekend 1

Kejohanan dunia PUBG Mobile Super Weekend hari yang ketiga menyaksikan pasukan BTR sekali lagi mendapat WWCD di peta pertama semalam.

Pasukan BTR bermain agak pasif di saat awal permainan. Mereka kemudiannya berjaya mendapatkan banyak kill di saat terakhir.

Mereka berjaya meratakan pasukan Loops Esports dan juga Team Secret. 

Di bulatan terakhir, mereka telah berlawan dengan pasukan RRQ dan juga Konina Power, kelincahan serta strategi pertarungan yang luar biasa memberikan mereka kelebihan untuk merata dua pasukan tersebut seterusnya mendapatkan WWCD.

Manakala, di peta yang ketiga Sanhok pula pasukan BTR hampir mendapatkan chicken akan tetapi usaha mereka telah dihalang oleh pasukan Alpha 7 E-Sports.

Pasukan BTR berjaya mendapat circle di minit ke-20. Mereka mengambil posisi di tiga buah rumah di bawah bukit.

Pasukan Alpha 7 E-Sports yang berada di kedudukan atas bukit cuba untuk menyerang pasukan BTR yang mempunyai hanya tiga orang ahli.

Pada saat mula pertarungan, Ryzen telah dijatuhkan oleh Law akan tetapi berjaya diselamatkan oleh Microboy.

Seterusnya, Law menjatuhkan Zuxxy yang tidak sempat untuk posisikan diri beliau. Law meneruskan pertarungan dengan membaling bom tangan ke arah rumah yang diduduki oleh Ryzen dan juga Microboy.

Malang sekali, Ryzen dan Microboy dibakar oleh Law. Microboy telah dijatuhkan dan Ryzen cuba clutch satu lawan tiga, akan tetapi kelebihan pasukan Alpha 7 E-Sports yang mempunyai tiga orang ahli telah berjaya meratakan Ryzen.

Selain itu, di peta yang kelima Erangel, pasukan BTR berjaya mendapat tempat yang keempat dengan mata sebanyak 14

Jumlah mata yang dikumpul oleh pasukan BTR adalah sebanyak 178 menjadikan mereka nombor 1 di dalam carta Super Weekend. 

Mata mereka diikut rapat oleh pasukan RRQ yang mempunyai 162 mata. Pasukan 4AM yang mengganas di hari pertama dan kedua tidak berjaya mengekalkan tempat mereka di carta teratas.

Pasukan BTR sangat konsisten dengan cara permainan mereka, meskipun hanya Chicken tiga kali sepanjang minggu tersebut, mereka banyak kali mendapat tempat di top 5. Ini menjadikan mata mereka terus naik.

RELATED NEWS

+