PMGC: BTR tiada ubat, WWCD 2 kali berturut-turut

Pasukan Indonesia, Bigetron Red Aliens (BTR RA) sekali lagi menunjukkan bahawa mereka layak bergelar juara dunia dan meneruskan momentum tersebut apabila berjaya mendapatkan WWCD 2 kali berturut-turut di dalam hari pertama Super Weekend kedua kejohanan dunia PUBG Mobile (PMGC) semalam.

Mereka berjaya memperoleh WWCD di peta yang ketiga Miramar dan juga peta yang keempat Sanhok.

Pada peta yang ketiga, mereka telah mengumpul kill point pada minit awal permainan setelah Luxxy meratakan pasukan Zeus Esports pada minit keenam permainan.

Pada minit ke-22 permainan, pasukan BTR berjaya mengekalkan empat orang pemain mereka untuk bertarung dengan pasukan Futbolist. Pasukan Futbolist memberikan saingan yang hebat kepada mereka.

Setelah beberapa minit di bulatan terakhir, pasukan BTR digugurkan ahli mereka menjadi 1 orang. Ryzen berjaya menyorok di dalam semak untuk menyerang hendap pasukan Futbolist yang sedang bertarung dengan pasukan Nova XQF.

Keadaan memihak kepada pasukan BTR apabila pasukan Futbolist sibuk bertarung dengan Coolboy dan Paraboy. Pasukan Nova XQF akhirnya diratakan oleh pasukan Futbolist.

Selepas kejadian tersebut, Ryzen telah membuat clutch play apabila berjaya menembak jatuh 2 ahli pasukan Futbolist dan membunuh Lovazin dengan tembakan yang sangat tepat untuk mendapatkan WWCD.

Seterusnya, peta yang keempat menyaksikan pasukan BTR bermain secara pasif di awal permainan, mereka tidak mendapat sebarang kill di pada minit ke 19.

Selang beberapa minit kemudian, pasukan BTR harus bertarung dengan pasukan Konina Power yang berjaya menembak jatuh Ryzen. Akan tetapi, bom tangan yang dibaling oleh Luxxy sangat tepat bagi membalas dendam terhadap Blvckwhite.

Tembakan yang tepat oleh Ryzen berjaya menjatuhkan salah seorang ahli pasukan Team Secret Jin lalu menjadikan mereka mempunyai 1 orang ahli yang tinggal.

Akan tetapi, Cosmos berjaya menjatuhkan Luxxy di atas bukit sebelum bulatan terakhir meragut nyawa beliau. Cosmos kemudiannya menggunakan segala first aid kit bagi mendapatkan peluang untuk berada di kedudukan kedua.

Manakala, Microboy berjaya membunuh Axzcer dari pasukan Konina Power, mereka kemudiannya merusuh ke arah Cosmos yang sedang menggunakan first aid kit

Zuxxy yang tidak sabar untuk mendapatkan WWCD kedua akhirnya berjaya membunuh Cosmos yang menyorok di belakang batu besar sebelum Cosmos dibaham oleh bulatan terakhir.

Mereka berjaya mengumpul sebanyak 20 mata di peta Sanhok ini.

Pasukan BTR kini terus berada di kedudukan yang pertama di carta permainan. Mereka berjaya mengumpul sebanyak 240 mata dengan 5 kali WWCD di dalam Super Weekend. 

Hari ini dan esok akan berlangsung lagi baki hari Super Weekend 2 dan BTR RA pastinya mendahagakan lebih banyak mata bunuh dalam perlawanan dimainkan.

PMGC mengumpulkan 24 pasukan seluruh dunia bertarung merebut hadiah wang terkumpul RM8.2 juta.

RELATED NEWS

+