PMGC: BTR WWCD, terus maju mengejar mata

Pasukan BTR yang kecundang pada perlawanan pembukaan kini sedang mengejar mata bagi merebut tempat pertama di dalam kejohanan dunia PUBG Mobile.

Meskipun permulaan mereka di hari pertama dilihat sangat berlainan dengan momentum mereka sebelum ini, mereka masih berjaya WWCD di peta keempat Erangel. Pada pengakhiran hari pertama, mereka berada di kedudukan yang ke-16.

Terkini, mereka telah melonjak 8 anak tangga dan kini menduduki di tangga ke-8 setakat ini.

Jika dilihat pada perlawanan sebentar tadi, balingan bom tangan oleh Zuxxy tepat pada Lovazin dari pasukan Futbolis, lalu meninggalkan mereka kepada dua orang ahli. Kemudian dengan bantuan bom tangan dari pasukan Konina Power mampu untuk meratakan pasukan Futbolis.

Seterusnya, sekali lagi nasib memihak pada mereka setelah bulatan bergerak ke arah mereka. Ryzen berjaya menjatuhkan Blvckwhite dari pasukan Konina Power dengan menggunakan senapang M4, beliau langsung tidak memberikan peluang untuk pasukan Konina Power bernafas dengan membuat serangan bom tangan yang menyusul menjatuhkan seorang lagi ahli pasukan tersebut.

Zuxxy dan Luxxy menggunakan bom tangan yang ada untuk menjatuhkan pasukan Zeus Esports dan juga Konina Power lalu mereka merusuh ke arah ahli pasukan Konina Power yang terakhir untuk mendapatkan WWCD.

RELATED NEWS

+