PMGC Finals mencapai 3.8 juta tontonan serentak di serata dunia

Tidak hairan jika PUBG Mobile merupakan permainan peranti mudah alih yang paling popular di dunia di dalam genre FPS (First person shooter). 

Kejohanan dunia PUBG Mobile Esports peringkat akhir mencatatkan 3.8 juta tontonan secara langsung di seluruh dunia tempoh hari. 

Walaupun terdapat negara yang tidak mempunyai wakil di dalam kejohanan tersebut contohnya seperti India, mereka tetap memberikan sokongan terhadap kejohanan dunia ini.

Pembangun permainan popular tersebut, Tencent mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang menyokong kejohanan dunia tersebut sehingga ia berakhir. 

RELATED NEWS

+