keputusan perlawanan antara kumpulan semalam di hari pertama peringkat liga Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC), Team Secret menunjukkan dominasi di dalam permainan setelah berjaya mendapatkan dua WWCD di peta Sanhok dan Miramar."> keputusan perlawanan antara kumpulan semalam di hari pertama peringkat liga Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC), Team Secret menunjukkan dominasi di dalam permainan setelah berjaya mendapatkan dua WWCD di peta Sanhok dan Miramar." /> keputusan perlawanan antara kumpulan semalam di hari pertama peringkat liga Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC), Team Secret menunjukkan dominasi di dalam permainan setelah berjaya mendapatkan dua WWCD di peta Sanhok dan Miramar." />

PMGC: Nova Esports, Loops bakal memberikan cabaran hebat kepada Team Secret

Ekoran daripada keputusan perlawanan antara kumpulan semalam di hari pertama peringkat liga Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC), Team Secret menunjukkan dominasi di dalam permainan setelah berjaya mendapatkan dua WWCD di peta Sanhok dan Miramar.

Dengan mata 63 mata terkumpul, mereka kini menduduki tempat pertama di dalam carta minggu pertama. Akan tetapi, keadaan ini tidak boleh dipandang remeh oleh mereka dengan berada di kedudukan yang selesa.

Biarpun sudah automatik layak ke Super Weekend 1, terdapat banyak pasukan yang masih menyimpan strategi untuk digunakan di saat akhir, contohnya pasukan China dan Brazil di kumpulan A.

Pasukan Loops yang berasal dari Brazil dan pasukan China, Nova Esports yang juga juara Peacekeeper Elite kini sedang mengejar mata untuk berada di kedudukan pertama.

Team Secret perlu berhati-hati dengan kedua-dua pasukan ini kerana mereka tidak mempunyai banyak pengalaman dalam pertarungan antara pasukan ini.

Mungkin keadaan pada malam ini akan lebih mencabar bagi pasukan Team Secret dan mereka perlu mengatur strategi dengan sebaik mungkin dan perlu menguatkan emosi dan minda mereka untuk lihat bagaimana prestasi lawan dengan pasukan terhebat.

Saksikan PMGC bermula jam 8 malam ini di Facebook rasmi PUBG Mobile yang diulas dalam Bahasa Melayu.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Foto: Team Secret

RELATED NEWS

+