PMGC: Pasukan Loops Esports hilang kelayakan bertanding, Team Secret mara ke final

Pasukan Loops Esports merupakan sebuah pasukan yang berasal dari Brazil. Mereka menunjukkan kebolehan untuk menjadi calon juara bagi kejohanan dunia PUBG Mobile.

Akan tetapi malangnya apabila berakhirnya Super Weekend yang ke-4, mereka telah hilang kelayakan untuk bermain bagi meneruskan perjuangan mereka.

Hal ini disebabkan, pada peta ke-4 dan ke-5 Super Weekend yang ke-4, ahli pasukan mereka iaitu Federal, Gxlden dan juga Caiowski telah menyerah kalah dan tidak ingin meneruskan permainan.

Mereka bertiga telah turun di sebuah Church dan meninggalkan seorang ahli pasukan mereka Carrilho yang bermain secara berseorangan. Seterusnya pasukan RRQ telah menjumpai mereka dan meratakan mereka bertiga tanpa sebarang rintangan. Salah seorang dari mereka juga dilihat tidak mempunyai sebarang senjata. 

PUBGM TV BR ada menjelaskan tentang isu ini, mereka mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan ahli pasukan Loops Esports ini disebabkan oleh bekas kapten pasukan mereka Dadin yang telah disingkirkan dari pasukan dengan keadaan yang tidak memihak kepadanya. Selain itu, terdapat juga isu-isu dalaman di dalam organisasi membuatkan mereka menunjukkan protes di dalam permainan.

Di dalam peraturan yang telah ditetapkan oleh pembangun PUBG Mobile, semua pasukan dan ahli pasukan dikehendaki dapat bersaing dengan sebaik mungkin mengikut skill dan ability setiap masa dalam sebarang pertandingan kejohanan yang disertai.

Selain itu, pembangun PUBG Mobile telah mengumpulkan kesemua bukti unsportmanship dari pasukan Loops Esports dan telah membuat keputusan bahawa perbuatan itu telah melanggar tatakelakuan dan intergriti persaingan di dalam acara permainan PUBG Mobile Esports.

Pasukan Loops Esports juga dikatakan telah mempunyai sejarah melanggar tatakelakuan dan intergriti persaingan di saat tahun kompetitif.

Tambah mereka lagi, tindakan-tindakan ini secara langsung bertentangan dengan ekosistem yang adil dan seimbang yang telah mereka usaha untuk menciptakan untuk semua pemain, organisasi dan juga penaja.

Malang sekali buat pasukan Loops Esports yang telah terlepas peluang untuk menjuarai kejohanan dunia PUBG Mobile ini. Apakah komen anda tentang isu ini? Adakah mereka layak dijatuhkan hukuman ini.

Sementara itu, Team Secret layak ke final di tempat ke-15 dalam keseluruhan liga.

Sumber rujukan: Esports.pubgmobile

RELATED NEWS

+