PMGC: Perlawanan di hari kedua ditunda sehingga notis berikutnya

Kejohanan dunia PUBG Mobile (PMGC) yang berlangsung sejak 21 Jnuari lalu menyaksikan 16 pasukan bertarung bagi mendapat gelaran juara dan hadiah utama berjumlah $700,000 (RM2,829,050).

Kesilapan teknikal yang telah berlaku menyebabkan siaran langsung kejohanan dunia tersebut dihentikan dengan serta-merta. Pihak penganjur telah memohon maaf menerusi kenyataan di pelantar media sosial Twitter.

Salah satu perkara yang menyebabkan masalah ini adalah mereka tidak dapat menggunakan Coca Cola Arena seperti yang dirancangkan. Tiga pemain disahkan positif dan mereka harus bermain secara berasingan. 

Oleh itu, pihak penganjur telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mungkin kita akan dapat saksikan tambahan 1 hari pada kejohanan dunia tersebut atau 2 perlawanan extra pada setiap hari berikutnya.

Pasukan Team Secret kini berada di tangga kelima dan sedang mencari momentum untuk mengekalkan kedudukan dan memberikan saingan hebat untuk menjadi juara di dalam pertandingan ini. Di harap pihak penganjur akan membaik pulih segala kesilapan teknikal yang berlaku dengan secepat mungkin bagi membolehkan semua pemain beraksi dan menyajikan permainan yang hebat kepada kita semua.

RELATED NEWS

+