PMGC: Team Secret tempat pertama, cemerlang dengan 63 mata, dua WWCD

Team Secret, sebagai satu-satunya wakil Malaysia di kejohanan dunia PUBG Mobile (PMGC) berjaya menutup hari pertama liga dengan dua Winner Winner Chicken Dinner.

Di peta Sanhok dan Miramar, Team Secret berjaya raih dua WWCD sekali gus mengumpulkan keseluruhan 46 mata setakat ini dan mereka berada di tempat kedua, di belakang skuad Brazil, Loops Esports.

Bermula peta kelima di Erangel, mereka mengalami kesukaran untuk WWCD apabila dikepung tiga penjuru oleh RRQ Athena, Alpha7 e-Sports dan Four Angry Men. Pada peta ini mereka berjaya kumpul 15 mata.

Pada peta terakhir, mereka hanya berjaya mengumpul dua mata dan mendapat tempat ketiga-belas di peta Miramar lalu meraih keseluruhan 63 mata.

Bagi PMGC kali ini, formatnya sama seperti PMWL Timur yang mana 24 pasukan akan bertarung pada hari Selasa dan Rabu untuk kumpul mata bagi melayakkan diri ke Super Weekend setiap Jumaat hingga Ahad. Hanya 16 pasukan teratas akan layak ke Super Weekend.

Setiap mata diperoleh dari Super Weekend pula akan melayakkan mereka ke final, bermakna selepas empat minggu Super Weekend, 16 pasukan terbaik akan layak ke final.

Ini bermaksud 24 pasukan ini mempunyai empat kali peluang untuk mara ke Super Weekend.

Peringkat liga ini akan berlangsung selama empat minggu dan ini adalah minggu pertama. 

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+