PMGC: Ryzen sekali lagi memenangi hati peminat

Kejohanan dunia PUBG Mobile Season 0 peringkat liga telah berakhir pada 20 Disember lalu. Kita dapat lihat banyak perlawanan yang menarik ditunjukkan oleh 24 pasukan yang bermain.

Pasukan BTR menjadi kebanggaan buat Indonesia dan juga Asia Tenggara apabila mereka berjaya mendapat tempat kedua di carta Super Weekends dengan 561 mata.

Wang hadiah yang lumayan berjumlah $150,000 (RM505,000) telah digenggam oleh mereka sebelum melangkah ke peringkat final.

Pada waktu yang sama, Ryzen dari pasukan BTR semakin mendapat tempat di hati peminat. Beliau yang sebelumnya mendapat gelaran MVP pada minggu kedua dan ketiga kini sekali lagi dinobatkan sebagai “pemain kegemaran peminat” untuk Asia Tenggara.

Permainan licik beliau serta tembakan yang tepat dan padu sememangnya layak untuk membawa pasukan BTR memenangi kejohanan dunia PUBG Mobile ini.

Nantikan kemunculan Ryzen di peringkat final pada 24 Januari ini. Adakah beliau mampu mengekalkan momentum sebagai pemain terbaik dari pasukan BTR? Kita akan saksikan tidak lama lagi.

Foto: PUBG Mobile Esports

RELATED NEWS

+