"> " /> " />

PMGC: Team Secret tempat ke-14, BTR WWCD peta terakhir

Pasukan Team Secret mendapat tempat keempat belas dalam kejohanan dunia PUBG Mobile (PMGC) peringkat League Play minggu kedua. Mereka mempunyai baki perlawanan lagi esok.

Pada peta kelima Erangel memberikan semangat baru buat pasukan Team Secret. Aksi yang pasif pada awal permainan digagalkan setelah mereka berjumpa dengan pasukan Navi di Pochinki.

Pasukan Team Secret Madtoi mempamerkan aksi yang cemerlang apabila beliau berjaya membunuh pasukan Navi dengan bantuan ahli pasukan yang lain. Pertarungan tersebut diteruskan setelah ishotz berjaya meratakan pasukan RRQ.

Malang sekali mereka disingkirkan di tempat kelima setelah pasukan Team Secret Jin menembak jatuh Uhighboy.

Uhighboy kemudiannya tidak sempat diselamatkan oleh ishotz langsung mati.

Di bulatan terakhir, pasukan Futbolist bertarung dengan pasukan Team Secret Jin. Aksi barbar dilakukan akhirnya berpihak pada pasukan Futbolist dan mereka raih WWCD dengan 17 mata bunuh.

Pasukan BTR bermain di peta terakhir Miranmar dengan permainan secara pasif. Selepas tinggal pasukan, terdapat perlawanan sengit berlaku di atas bukit. 

Pasukan BTR meratakan pasukan Aerowolf yang cuba menggasak lokasi mereka. 

Selepas itu, pasukan BTR meratakan pasukan PW888 di dalam berbalas tembakan jarak jauh. 

Apabila bulatan terakhir bergerak, bulatan tersebut berpihak kepada pasukan BTR di atas bukit. Pasukan Godsent yang berada di bawah bukit semakin tertekan dengan bulatan yang bergerak memakan kawasan mereka.

Balingan bom tangan yang tepat dan padu dari Ryzen menghancurkan pasukan Godsent. Setelah meratakan pasukan Godsent, mudah sahaja mereka menghapuskan pasukan 4am yang tinggal 2 ahli di saat terakhir.

Pasukan BTR mengumpul 20 mata bunuh dan 15 mata placing di akhir permainan.

 
 

RELATED NEWS

+