PMGC: Team Secret tumpaskan BTR, WWCD peta terakhir – kini di ranking kedua

Pasukan Team Secret menunjukkan prestasi yang konsisten semenjak hari pertama perlawanan, mereka kerap mendapat top 5 di hari pertama dan kedua teratas pada hari kedua. Perubahan ini sangat ketara berbanding momentum mereka di peringkat liga lalu.

Peta terakhir di Erangel menyaksikan Madtoi telah dijatuhkan dan Rexx juga turut menyusul setelah bertemu dengan pasukan Team Secret Jin yang telah membaling bom tangan. Rexx yang cuba melindungi diri berjaya meledakkan bom tangan menjatuhkan dua orang ahli pasukan tersebut.

Akan tetapi, oleh kerana iShotz dan Uhigh tidak berada di kedudukan yang dekat dengan Rexx maka beliau tidak dapat diselamatkan. iShotz dan Uhigh terus berjuang dengan harapan untuk mendapatkan WWCD di peta terakhir ini.

Pada minit ke-24, pasukan Team Secret harus bertahan menghadapi asakan dari pasukan Team Secret Jin yang mempunyai 4 orang ahli, KDA, BTR dan juga pasukan Aerowolf yang hanya tinggal seorang ahli.

Pasukan BTR berjaya meratakan pasukan Team Secret Jin apabila Zuxxy merusuh masuk ke arah lawan dengan bantuan pasukan KDA dari sudut berlainan. 

iShotz berjaya membunuh Potato dari pasukan Aerowolf setelah bom tangan dan juga molotov yang dibaling tepat mengenai musuh. Selepas itu, posisi Uhigh yang berjauhan dengan iShotz sangat membimbangkan, akan tetapi beliau berjaya melarikan diri dengan sebuah kenderaan apabila Ryzen terganggu oleh tembakan dari pasukan KDA ke atas iShotz.

Uhigh terus ditembak oleh Ryzen setelah melarikan diri manakala iShotz ditembak jatuh oleh Zuxxy. 

Setelah selesai berada di tempat selamat, Uhigh telah keluar dari kenderaan dan bersembunyi di belakang batu. Luxxy pula telah ditembak jatuh oleh Soulless, balingan dua bom tangan oleh Zuxxy berjaya menjatuhkan Soulless dan Uhigh mengambil kesempatan tersebut untuk menghidupkan kembali iShotz.

Sekali lagi bom tangan yang dibaling oleh Zuxxy terus meratakan pasukan KDA, iShotz mengambil peluang itu untuk membunuh Luxxy dan situasi berubah kepada dua lawan dua. Ryzen dan juga Zuxxy cuba bergerak ke arah bukit yang menjadi tempat persembunyian pasukan Team Secret oleh kerana bulatan telah shift ke arah pasukan tersebut.

Ryzen yang telah berjaya menembak Uhigh telah dibunuh oleh iShotz yang bersembunyi di sebalik pokok, Zuxxy cuba untuk merusuh ke arah iShotz yang sedang menggunakan first aid kit tidak berjaya kerana clutch play yang dilakukan oleh iShotz.

Pasukan Team Secret kini berada di kedudukan yang kedua setelah berakhirnya hari kedua dengan mata terkumpul sebanyak 129. 

RELATED NEWS

+