PMPL: DrTA cemerlang di tempat pertama, Yoodo Gank dan Team Secret mengejar di belakang

Keputusan perlawanan Super Weekend bagi PMPL MYSG musim ketiga hari pertama yang berlangsung semalam sememangnya tidak dijangka sama sekali oleh semua orang. Dingoz MPX yang cemerlang di peringkat weekplay ternyata kecundang saat bermain di Super Weekend ini.

 

DrTA yang hanya mendapat 70 mata di peringkat weekdays berjaya menonjolkan diri di peringkat super weekend hari pertama dengan jumlah sebanyak 86 mata. Mereka berjaya mendapatkan WWCD di peta Sanhok dan Erangel pada perlawanan pertama dan kedua. Pengumpulan mata kill sebanyak 35 tidak menghalang mereka untuk menduduki tempat pertama oleh kerana placing point mereka sangat cantik sepanjang enam perlawanan itu kecuali di peta kelima dan keenam. 

Manakala pasukan Yoodo Gank berjaya mendapatkan WWCD di peta Miramar pada perlawanan keempat dan Team Secret di peta terakhir Miramar pada perlawanan keenam. Kedua-dua pasukan ini berjaya merapatkan kedudukan oleh kerana Yoodo Gank mempunyai banyak kill di peta keempat. 

Manakala, Dingoz MPX pula tidak dapat menemukan momentum mereka seperti di peringkat weekdays sebelum ini. Seringkali too soon di peta pertama, ketiga dan kelima menyebabkan kedudukan mereka di dalam carta jauh menjunam di tempat yang ke-14. 

Selain itu, kebanyakkan pasukan hanya menyasarkan untuk masuk ke dalam 16 pasukan teratas bagi melayakkan diri ke peringkat Super Weekend. Mereka sedar bahawa Super Weekend adalah satu-satunya peringkat yang paling penting untuk mengumpul mata sebenar bagi melayakkan diri menjadi finalis. Justeru, mungkin ramai di antara pasukan yang bermain telah menyimpan atau mengatur strategi yang baru di peringkat Super Weekend ini.

PMPL Malaysia mengumpulkan 20 pasukan untuk bertarung merebut hadiah terkumpul sebanyak $71,700 (RM295,260) serta gelaran juara bagi melayakkan diri ke PMPL Asia Tenggara yang akan berlangsung pada 21 Mei depan nanti.

RELATED NEWS

+