PMPL: Geek Fam selesa 3 Chicken Dinner, kini di ranking pertama

Pasukan PUBG Mobile, Geek Fam selesa di ranking pertama setakat hari pertama Grand Final PMPL MYSG musim ketiga yang berlangsung sejak semalam.

Mereka berjaya meraih tiga kali Winner-Winner Chicken Dinner (WWCD) di tiga peta yang dimainkan dengan 83 mata keseluruhan. Mengikuti rapat di belakang adalah Homebois yang juga raih 83 mata.

Sementara itu, pasukan pilihan, Team Secret berada di kedudukan ketujuh dengan 50 mata.

Bagi juara liga, Dingoz MPX agak dipersoalkan prestasi mereka kerana berada di kedudukan tercorot.

Difahamkan, empat pasukan di ranking terbawah tidak akan dijemput terus ke musim keempat, sebaliknya perlu melalui pusingan kelayakan (PMCO).

Ini pastinya merisaukan buat Dingoz kerana sungguhpun mereka sudah layak ke SEA Finals dan Kejohanan Jemputan Peace Elite (PEI 2021), masih banyak perlu ditunjukkan mereka untuk sekurang-kurangnya berada di kedudukan 12 teratas.

Ada 12 peta lagi akan dimainkan, enam pada hari ini dan baki enam lagi esok.

Dua pasukan teratas akan layak ke SEA Finals.

RELATED NEWS

+