PMPL MY/SG musim keempat akan bermula pada 5.30 petang ini!

Kejohanan liga PUBG Mobile MY/SG musim keempat akan bermula pada hari ini jam 5.30 petang di mana 20 pasukan akan bertarung untuk merebut wang hadiah terkumpul AS$93,100 (RM393,000) dan slot ke peringkat country finals dan liga Asia Tenggara yang belum diumumkan lagi.

Hanya 16 pasukan yang layak untuk bermain di peringkat country finals tetapi hanya satu pasukan yang akan mendapat slot ke liga Asia Tenggara sementara 15 pasukan lagi akan berpeluang untuk ke liga itu selepas mereka mendapat 3 tempat teratas di peringkat country finals.

Kejohanan ini mempunyai format yang sama seperti kejohanan yang lalu di mana 20 pasukan akan bertanding di peringkat weekdays untuk mengumpul mata bagi melayakkan diri ke peringkat super weekend. Setiap pasukan akan bermain 5 perlawanan setiap hari Selasa dan Rabu manakala 15 perlawanan dimainkan di peringkat super weekend.

Setiap perlawanan harus dimainkan dengan bersungguh-sungguh kerana 16 pasukan di super weekend sahaja yang akan layak ke peringkat country finals. Jadi pada peringkat permulaan weekdays itu, mereka harus mengumpulkan mata untuk berada di dalam top 16 dan membuat yang terbaik di peringkat super weekend untuk mendapat tempat pertama.

Selain itu, mereka boleh mengatur strategi untuk menyimpan senjata rahsia mereka di peringkat weekdays dengan hanya bermain untuk berada di dalam top 16. Seterusnya, mereka boleh mengeluarkan trump card di peringkat super weekend untuk mengejutkan musuh.

Penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan-pasukan tanah air untuk menjadi juara PMPL kali ini, selamat maju jaya!

RELATED NEWS

+