PMPL MY/SG musim keempat akan mula pada 24 Ogos – 26 September ini

Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL), pertandingan yang terbesar di Malaysia kini kembali untuk musim keempat. 20 pasukan akan bertanding untuk merebut hadiah wang terkumpul sebanyak $150,000 (RM632,250). Pertandingan ini akan diadakan pada 24 Ogos – 26 September.

20 pasukan yang menghadiri pertandingan ini terbahagi kepada 12 pasukan jemputan dari PMPL MYSG musim ketiga, 4 pasukan dari PMNC MY 2021 dan 4 lagi pasukan dari pusingan kelayakan PMPL MY/SG musim keempat.

Juara musim lepas RSG Malaysia juga adalah salah satu pasukan yang akan bertanding di dalam musim kali ini! Mengharapkan pencapaian gelaran juara back to back yang belum pernah dilakukan sebelum ini, RSG akan memberikan usaha mereka yang terbaik untuk musim keempat.

Para peminat juga akan dapat menyaksikan beberapa pemain baru yang mengikuti pertandingan ini buat pertama kalinya – Farang, Lejund, NSP Astra, VMX Fanx, Yoodo Alliance dan YSX Esport.

Berikut adalah senarai penuh kesemua pasukan yang akan bertanding untuk musim keempat:

A. Top 12 PMPL MY/SG S3 Grand Final:

1. 4RIVALS 7. Homebois
2. AL-IKHLAS R2K 8. RSG
3. Anti Circle 9. Team Secret
4. Axis Redone 10. Team SMG
5. Evos VIP 11. Team Whales
6. Geekfam 12. Wulf Arov

B. 4 Pasukan PUBG MOBILE National Championship 2021:

1. Gank 3. Yoodo Alliance
2. Team Bosskurr 4.  YSX Esport

C. 4 Pasukan PMPL MY/SG S4 Qualifiers Playoff:

1. Farang Lejund 3. TABAH NSEA
2. NSP Astra 4. VXM

20 pasukan ini akan dibahagikan kepada 5 kumpulan yang mewakili 4 pasukan setiap kumpulan melalui penstriman langsung pada 14 Ogos nanti. Lima kumpulan ini akan bertarung di dalam peringkat Weekday untuk mendapatkan slot bermain di peringkat Super Weekend. 16 pasukan yang teratas di dalam carta Super Weekend akan melayakkan diri ke PMPL MY/SG musim keempat Country Finals.

Para peminat boleh menonton perlawanan ini di dalam platform Facebook dan Youtube yang akan bersiaran langsung pada 24 Ogos – 26 September di akaun rasmi PUBG Mobile Malaysia. Selain itu, pertandingan ini boleh disaksikan di WeTV dan Esports Fight Club.

PMPL MY/SG musim keempat akan dihoskan oleh PUBG Mobile dan dianjurkan oleh VSPN di samping rakan kongsi Xiaomi, WeTV, Esports Fight Club dan telco rasmi Yoodo.

RELATED NEWS

+