PMPL MYSG S3 – lima kumpulan, tiga minggu liga dan hadiah terkumpul RM617,700

Dalam sesi group draw untuk Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) yang berlangsung hari ini di Quill City Mall, Kuala Lumpur, terdapat kejutan untuk pasukan-pasukan Malaysia yang bertanding.

Di kumpulan A, mereka diwakili oleh Geek Fam, Todak PUBGM, Damansara Flash Vision dan JPNS.

Di kumpulan B, mereka diwakili oleh Team SMG, IPWLX, Team Bosskurr dan Dingoz MPX.

Di kumpulan C, mereka diwakili oleh Team Secret, EVOS VIP, J8 Esports dan Al Ikhlas R2K.

Di kumpulan D, mereka diwakili oleh Yoodo Gank, DRTA, Homebois dan NED.

Di kumpulan E, mereka diwakili oleh Team Whales, RSG, Anti Circle dan TRX Esports.

Antaranya, mereka akan menggunakan format terbaharu seperti PMGC yang mana akan ada tiga Super Weekend.

PMPL MYSG musim ketiga ini juga akan berlangsung selama tiga minggu yang mana tiga hari adalah weekday untuk mengumpul mata bagi melayakkan ke Super Weekend. Hanya mata dari Super Weekend akan dikira untuk layak ke final.

Ini bermakna hanya 16 dari 20 pasukan akan bertarung pada setiap Super Weekend bagi mengumpul mata. 

Ini adalah skor pengumpulan mata bagi liga ini.

Ini pula adalah hadiah terkumpul iaitu sebanyak AS$150,000 (RM617,700) dengan setiap kategori ditunjukkan.

Ini pula adalah pasukan yang layak ke PMPL MYSG Musim Ketiga dan nampaknya kesemua mereka adalah pasukan Malaysia.

RELATED NEWS

+