PMPL MYSG: SEM9 bangkit, WWCD 3 kali

PMPL MYSG musim keempat menyaksikan 20 pasukan bertarung untuk merebut gelaran juara serta slot ke country final dan Asia Tenggara. Hanya 16 pasukan yang akan layak ke country final. Mereka harus memberikan usaha yang terbaik di peringkat super weekend akhir ini.

Pasukan SEM9 mula menunjukkan taring mereka pada hari pertama super weekend akhir. Mereka berjaya mendapatkan 3 back to back WWCD ketika ini, pasukan VXMF masih mengejar mereka dengan rapat. Manakala pasukan 4Rivals, R2K dan Axis Redone menghadapi kesukaran pada hari pertama.

Akan tetapi pasukan Farang Lejund, Team Secret dan Axis Redone masih memegang carta 3 kedudukan teratas di dalam mata keseluruhan setakat ini. SEM9.Gank melonjak ke anak tangga ketujuh di dalam mata keseluruhan.

Adakah mereka mampu mengekalkan momentum ini di hari kedua dan ketiga super weekend akhir? Kita bakal saksikan pada hari ini dan esok.

RELATED NEWS

+