PMPL SEA: 4Rivals perlu melakukan keajaiban pada hari ini

Liga Perdana PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA) musim keempat hampir tamat untuk peringkat liga. Penentuan 16 pasukan yang akan layak ke peringkat final dan juga pemenang slot ke PMGC bagi pasukan yang mendapatkan tempat pertama.

Pasukan Faze dari Thailand mendahului dengan 410 mata ketika ini, mereka berjaya merampas kedudukan EVOS Reborn dengan 2 WWCD serta 2 kali berada di dalam top 3

Pengumpulan mata keseluruhan sebanyak 160 pada hari kedua super weekend itu juga dibantu dengan mata singkir yang tinggi di setiap perlawanan kecuali di peta pertama.

Perbezaan mata sebanyak 46 menyukarkan lagi pasukan 4Rivals untuk menyamakan kedudukan. Namun begitu, tidak ada perkara yang mustahil.

Adakah 4Rivals mampu uuntuk mengejar kedudukan Faze pada hari terakhir ini? Kita bakal saksikan penentuan slot ke PMGC ini nanti.

Foto: 4Rivals 

 

RELATED NEWS

+