PMPL SEA: Team Secret gagal ke Super Weekend terakhir

Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL Sea) musim keempat kini sudah menuju ke minggu terakhir super weekend. Ketiga-tiga pasukan Malaysia iaitu Geek Fam, 4Rivals dan Axis Redone berjaya mara ke super weekend.

Namun begitu, malang sekali buat pasukan Team Secret kerana mereka gagal ke super weekend terakhir itu oleh kerana pungutan mata hanya mencecah 29.

Walau bagaimanapun, mata keseluruhan yang dikumpul oleh Team Secret sudah mencecah 192 mata. Mereka masih berada di dalam keadaan selamat jika pasukan NFT Esports dan Onyx Esport gagal melakukan keajaiban pada minggu terakhir ini.

Mata yang dikumpul oleh NFT Esports dan Onyx Esport adalah 63. Jika salah satu dari pasukan ini berjaya mendapatkan 130 mata di super weekend terakhir maka Team Secret tidak layak untuk ke peringkat SEA Final.

Mampukah pasukan Team Secret layak ke peringkat SEA Final? Persoalan itu akan terjawab selepas berakhirnya minggu ini, nantikan keputusannya.

RELATED NEWS

+