PMPL: Wulf Arov berjaya WWCD peta kedua – Miramar

PUSINGAN KEDUA – MIRAMAR

6 pasukan yang tinggal pada minit ke-24, kelebihan berjaya didapatkan oleh pasukan Wulf Arov yang berada di kedudukan high ground di dalam bulatan. Team Bosskurr dan RSG Malaysia berjaya ditumbangkan oleh pasukan 4Rivals.

4Rivals harus berhati-hati dengan pasukan Wulf Arov yang masih lagi berada di atas bukit, Sem9. Gank juga perlu bermain dengan berhati-hati kerana mereka dikelilingi pasukan 4Rivals. Sem9. Gank memulakan langkah untuk menyerang 4Rivals pada minit ke-28 dan Wulf Arov menangguk di air keruh untuk menyerang Sem9. Gank pada masa yang sama.

Wulf Arov sekali lagi berjaya mendapatkan bulatan yang berpihak kepada mereka di atas bukit. Mereka terus memberikan tekanan kepada pihak musuh dan Sem9. Gank menjadi buntu naik ke atas dan akhirnya diratakan oleh Wulf Arov.

RELATED NEWS

+