PMPL: Yoodo Gank belum serasi? Dingoz cemerlang di tempat pertama

PMPL MYSG musim ketiga menyaksikan 20 pasukan yang akan berentap untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak $71,700 (RM295,260) serta gelaran juara bagi melayakkan diri ke PMPL Asia Tenggara yang akan bermula pada 21 Mei nanti.

Setakat hari kedua perlawanan, carta kedudukan memihak pada Dingoz MPX yang berjaya mendapatkan WWCD sebanyak 1 kali, diikuti rapat oleh pasukan Team Secret, EVOS Vip dan juga Todak.

Pasukan Dingoz berjaya berada di kedudukan pertama oleh kerana mereka sangat konsisten mendapatkan kill points sebanyak 51. Team Secret yang baru membuat perubahan pemain pada sebelum ini dengan memasukkan Jumper dan juga Fredo dilihat sudah menemukan keserasian antara satu sama lain. Mereka berjaya mendapatkan 2 WWCD setakat hari kedua ini.

Walau bagaimanapun kesemua pasukan ini hanya perlu mendapatkan kedudukan di dalam 16 teratas bagi melayakkan diri untuk bermain di peringkat super weekend.

Mata yang dikumpul di dalam Super Weekend akan dikira untuk merebut gelaran juara serta mendapatkan slot di final PMPL Asia Tenggara. Selain itu, pasukan Yoodo Gank yang kehilangan Fredo dan juga Jumper dilihat sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap permainan mereka. Mereka berada di kedudukan ke-13 setakat ini di dalam carta.

Perlawanan pada hari ini akan menentukan 16 pasukan yang layak untuk bertarung di peringkat Super Weekend pada Sabtu dan Ahad. Adakah Yoodo Gank mampu mengekalkan kedudukan mereka? Kita akan saksikan saat yang mendebarkan ini tidak lama lagi.

Foto: Dingoz E-sports

RELATED NEWS

+