PMPL: Yoodo Gank tak ke Super Weekend terakhir, tapi masih ranking pertama keseluruhan

Debaran yang kian dirasai untuk menyaksikan 16 pasukan yang layak bagi mendapat tempat untuk bermain di peringkat super weekend minggu ini.

Bagi para pembaca yang belum jelas tentang sistem pertandingan PMPL ini, ia merangkumi dua peringkat iaitu weekdays dan juga Super Weekend. 

16 pasukan yang berjaya meloloskan diri di peringkat weekdays akan dapat bertanding di peringkat Super Weekend.

Mata yang dikumpul dari peringkat Super Weekend yang akan menentukan siapakah yang layak menjadi juara serta melayakkan diri ke acara PMPL Asia Tenggara nanti.

Weekdays minggu ketiga menyaksikan pasukan Jentera Pejuang (JP NSEA) berjaya mendapatkan dua kali WWCD sepanjang tiga hari tersebut.

Pasukan Todak dan IPW LX juga tidak kurang hebatnya, mereka berjaya konsisten di minggu terakhir peringkat weekdays ini dengan tiga WWCD.

Dingoz MPX pula mengikut rapat di belakang dengan 121 mata dan dua kali WWCD.

Selain itu, pasukan Team Secret berada di tempat ketiga dengan 120 mata dan banyak pasukan yang lain turut mengejar mata bagi mendapatkan tempat untuk bermain di peringkat Super Weekend.

Malang sekali buat pasukan NED, Whales Esports, Team Bosskurr dan Yoodo Gank, mereka tidak berjaya untuk melayakkan diri ke peringkat final hari ini dan esok.

Yoodo Gank yang berjaya mengekalkan kedudukan pertama di super weekend sebelum ini tidak berjaya untuk merealisasikan hasrat mereka untuk merebut slot ke Super Weekend terakhir minggu ini.

Mereka mempunyai perbezaan mata sebanyak 19 mata sahaja lagi dengan DFV bagi merebut peluang untuk bersama 15 pasukan yang lain bermain di peringkat super weekend.

Mampukah 4 pasukan teratas di kedudukan carta setakat ini iaitu JP SEA, Dingoz, Anti Circle dan Team Secret merebut peluang untuk menjadi juara bagi PMPL musim ketiga ini?

Atau adakah mereka akan dihalang oleh pasukan lain yang turut mendahagakan kemenangan ini.

Kita bakal saksikan pada hari ini dan juga esok untuk penentuan siapakah yang layak untuk menjadi juara PMPL musim ketiga seterusnya melayakkan diri untuk bermain di PMPL Asia Tenggara kelak.

RELATED NEWS

+