PMWI: Geek Fam tempat kedua, satu WWCD semalam

Wakil Malaysia ke Kejohanan Dunia Jemputan PUBG Mobile (PMWI) Timur, Geek Fam setakat ini selesa di ranking kedua selepas memainkan lima peta.

Geek Fam turut berjaya mendapatkan satu Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) di peta ketiga selain mendapatkan 11 mata bunuh dalam pusingan itu.

Setakat hari pertama, mereka mengumpulkan keseluruhan 56 mata, di belakang Valdus The Murder dengan 105 mata. Pasukan Thailand itu cemerlang dengan dua WWCD di dua peta terakhir.

Pemain Geek Fam, Damrude turut tersenarai antara Fragger terbaik hari pertama kejohanan itu.

PMWI Timur akan berlangsung lagi pada hari ini hingga Ahad bermula jam 7 malam.

Ia menawarkan hadiah terkumpul AS$1.5 juta sebagai wang amal yang akan disalurkan kepada badan kebajikan. Namun, 16 pasukan turut akan bertanding bagi merebut AS$80,000 (RM337,000).

Foto: Geek Fam

RELATED NEWS

+