Pokemon Brilliant Diamond dan Pokemon Shining Pearl akan hadir 19 November ini

Nintendo mengumumkan tarikh pelancaran untuk Pokemon Brilliant Diamond dan Pokemon Shining Pearl pada 19 November ini.

Nintendo juga mengumumkan akan ada pek berganda yang mempunyai kedua-kedua permainan video Pokemon sekali. Kedua-dua permainan video Pokemon ini dibangunkan oleh ILCA inc bukannya Game Freak. ILCA yang sebelum ini membina Pokemon Home dan juga menjadi studio membantu dalam pembinaan Nier Automata dan Yakuza 0.

https://diamondpearl.pokemon.com/assets/img/global/en-us/p05_01.jpghttps://diamondpearl.pokemon.com/assets/img/global/en-us/p05_02.jpg

Junichi Masuda dan Yuichi Ueda dari ILCA merupakan pengarah untuk Diamond dan Pearl juga menjadi pengarah untuk remake baru ini.

Maklumat lanjut dan pratempah boleh dilakukan di laman rasmi Pokemon dengan harga RM240 ($59.99) dan RM479+ ($119.99) untuk pek berganda.

RELATED NEWS

+