Pokemon GO Akan Diterjah Oleh Detective Pikachu Selama 10 Hari!

Sempena kehadiran filem Detective Pikachu esok, Pokemon GO meraikan filem ini dengan penuh gaya!

Sepanjang acara ini, pemain Pokemon GO akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik Detective Pikachu bermula pada 7 Mei sehingga 17 Mei 2019.

Antara aktiviti menarik adalah pemain berpeluang lebih banyak berjumpa dan tangkap Pokemon yang ditayangkan dalam filem seperti Psyduck, Jigglypuff, Bulbausaur dan banyak lagi.

Lebih gempak lagi, korang boleh terserempak dengan Pikachu yang memakai topi detektif ikonik miliknya dan menangkap Detective Pikachu! Kalau korang bertuah, Detective Pikachu turut mencelah masuk ke dalam paparan Snapshot Pokemon GO. 

Korang boleh menyertai Raid Battle dan Field Research Events istimewa iaitu Raid Battle menggalakkan korang bekerjasama dengan Pokemon Trainer lain untuk mengalahkan Pokemon yang berada di lokasi gim manakala Research Events memberikan quest untuk korang siapkan.

Sementara itu, korang juga dapat kumpul barangan terhad Detective Pikachu. Bagi yang berminat untuk pakai topi Detective Pikachu lengkap dengan telinga Pikachu itu, rajin-rajinkanlah diri jelajah Pokemon GO selama 10 hari ini.

Sumber: Engadget

RELATED NEWS

+