Pokemon GO Bakal Memperkenalkan Pertempuran Online Pada Awal Tahun 2020

Pertempuran antara pelatih Pokemon lain mempamerkan Pokemon masing-masing yang paling kuat telah menjadi suatu tarikan bagi hampir semua game Pokemon. Ia semakin rancak apabila sistem perlawanan Pokemon online diperkenalkan semasa zaman Nintendo DS untuk Pokemon Pearl and Diamond.

Niantic membawakan pertempuran pemain antara pemain Pokemon GO lain (Trainer Battle) dengan tiga pilihan Pokemon mereka secara offline pada tahun 2018. Baru-baru ini, korang juga boleh berlawan dengan Team Rocket.

Untuk mengekalkan semangat yang sama, Niantic bakal meningkatkan lagi sistem pertempuran antara pelatih Pokemon GO iaitu dipanggil GO Battle League yang bakal tiba pada tahun 2020 menurut pos rasmi.

Kali ini, GO Battle League adalah pertempuran yang membolehkan pemain Pokemon GO berlawan dengan pemain lain di mana-mana sahaja korang berada.

Pemain perlulah ‘berjalan’ untuk melayakkan diri ke GO Battle League sama seperti Ash Ketchum mengembara ke Pokemon League di Kanto dan berlawan dengan pelatih lain dalam satu sistem perlawanan kompetitif secara online bagi merebut gelaran Pokemon Master.

Setakat ini, Niantic tidak banyak mendedahkan ciri-ciri GO Battle League secara terperinci dan akan berkongsi maklumat lebih lanjut dalam video khas Dev Insights. 

Sumber: IGN

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+