Pokemon GO bakal menerima beberapa perubahan gameplay

Pembangun Pokemon GO, Niantic kini dalam proses menguji beberapa perubahan kecil untuk permainan itu. Perubahan itu dijangka akan tiba melalui kemaskini beberapa bulan akan datang.

Ujian perubahan gameplay ini diumumkan melalui laman blog mereka, menyatakan perubahan ini adalah untuk membantu trainer baru seperti cadangan nama samaran dan kisah Special Research, perubahan pada fungsi PokeStop dan kemaskini menetas telur. 

Namun, mereka masih belum memperincikan sebarang ciri-ciri baru pada PokeStop. Tetapi, mereka akan memberikan pilihan untuk melangkau animasi telur menetas. 

Buat masa ini, Niantic juga tidak menyatakan wilayah mana yang akan menerima ujian ini. mereka juga tidak menyatakan tarikh spesifik bila ia akan dilancarkan untuk pemain di seluruh dunia. 

Sumber: GameSpot, PokemonGo.

RELATED NEWS

+