Pokemon GO: Ho-Oh Tiba Di Malaysia Tapi Dalam Masa Terhad!

Ho-Oh, salah satu Pokemon lagenda (yang memerlukan sehingga 20 pemain untuk menangkapnya) rantau Johto, kini boleh didapati dalam Pokemon Go tapi hanya untuk masa terhad saja!

Tidak seperti Pokemon lagenda lain yang dihebohkan, Ho-Oh muncul secara tiba-tiba dan jika korang kurang memberi perhatian pada media sosial Niantic terutamanya twitter mereka, pasti akan terlepas nampak peluang ini.

Ho-Oh boleh ditemui dalam Raid Battles di seluruh dunia sehingga 12 Disember ini. Jadi apa tunggu lagi, ajak kawan-kawan korang hunt Pokemon lagenda ini!

RELATED NEWS

+