Pokemon Go Kini Ada Pokemon Gen 5 – Tepig, Snivy & Oshawatt Sedia Untuk Ditangkap!

Pokemon Gen 5 iaitu berasal dari Pokemon Black and White akhirnya tiba di Pokemon Go. Selain itu, korang berpeluang untuk berjumpa dan tangkap Pokemon lagenda, Mewtwo dalam Raid. Niantic berkongsi lanjut tentang kemas kini terbaru untuk game Pokemon popular ini.

Pokemon Black and White hadir di Pokemon Go

Dari Kanto ke Unova, tiga Pokemon starter – Snivy, Tepig dan Oshawott hadir di semua kawasan Pokemon Go dan beberapa Pokemon lain seperti Lillipup, Purrloin, Pidove, Patrat dan banyak lagi. 

Pokemon berasal di Unova seperti Drilbur, Foongus, Litwick dan Ferroseed juga boleh didapati melalui telur manakala Klink, Pokemon berbentuk gear, Klink akan hadir dalam Raid Battle.

Berikut adalah senarai Pokemon pecah dari telur:

Telur 2 km

  • Patrat
  • Lillipup
  • Purrloin
  • Pidove

Telur 5 km 

  • Snivy
  • Tepig
  • Oshawott
  • Blitzle
  • Drilbur
  • Foongus

Telur 10 km

  • Ferroseed
  • Klink
  • Litwick
  • Golett
  • Deino

Pansear, Pansage dan Panpour

Namun, bukan semua Pokemon Gen 5 boleh ditangkap di Malaysia. Beberapa Pokemon seperti Heatmor hanya boleh ditangkap di hemisfera Barat manakala hemisfera Timur (termasuk Malaysia) boleh menangkap Durant. 

Tiga monyet Pokemon menguasai tiga elemen – Pansage, Pansear dan Panpour juga hadir di sesetengah tempat. Pansage (Grass) adalah eksklusif untuk rantau Asia-Pasifik dan Pansear (Fire) pula hadir di seluruh Eropah manakala Panpour (Water) hanya akan ada di rantau Amerika dan Greenland.

Unova Stone

Sempena kehadiran Pokemon Gen 5, Niantic memperkenalkan barang evolusi Pokemon baru iaitu dipanggil sebagai Unova Stone. Unova Stone digunakan untuk membesarkan (evolve) beberapa Pokemon Gen 5 seperti Lampent. Korang boleh mendapati Unova Stone melalui Research Breakthroughs. 

Raid Mewtwo

Mewtwo kembali sebagai Pokemon lagenda dalam Ultra Bonuses. Pemain berkesempatan untuk jumpa Pokemon Psychic dalam Raid lima bintang sehingga 23 September.

Mewtwo tiba dalam Raid ini juga mempelajari Psystrike yang asalnya diperkenalkan dalam Pokemon Black and White. Kalau korang bertuah, korang juga boleh berjumpa dengan Shiny Mewtwo.

Pastikan korang ambil langkah-langkah berjaga dalam keadaan jerebu yang tak menentu ini semasa main game ini. Selamat mengumpul Tepig, Snivy, Oshawott dan banyak lagi Pokemon Gen 5 dalam Pokemon Go!

Sumber: Gamespot

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+