Pokemon GO: Pemain Boleh Bertempur Dalam PvP Trainer Battle

Akhirnya korang boleh menjadi Pokemon Trainer sebenar!

PvP Trainer Battle adalah sebuah mod baru yang membolehkan pemain berlawan dengan pemain lain menggunakan tiga Pokemon pilihan korang yang telah lama dinantikan oleh ramai pemain Pokemon GO sejak dilancarkan pada tahun 2014.

Namun, mod ini hanya tersedia untuk Pokemon Trainer level 10 sahaja menurut Niantic.

PvP Trainer Battle ini dibuka dalam tiga kategori bagi menyeimbangkan pertarungan Pokemon antara satu sama lain. Berikut adalah tiga liga berbeza mengikut Combat Point (CP) setiap Pokemon:

  • Great League (1,500 CP)
  • Ultra League (2,500 CP)
  • Master League (tiada had CP)

Dalam mod PvP ini, pemain boleh lawan Pokemon Trainer yang berdekatan dengan korang dengan mengimbas Battle Code (QR Code) manakala korang boleh bertempur Best atau Ultra Friends di mana-mana sahaja korang berada.

Cara perlawanannya adalah mudah. Korang cuma perlu tap skrin laju-laju untuk Fast Attack dan setiap tap itu akan mengecaj Charged Attack setelah selesai disediakan yang korang boleh lancarkan bila-bila masa. Korang juga boleh mempertahankan Pokemon dari serangan seterusnya dengan menggunakan Protect Shield yang akan muncul dari semasa ke semasa.

Pinsir lawan Magikarp. Seriuslah….

Selain daripada online multiplayer, pemain boleh berlatih dengan AI terdiri daripada barisan Team Leader: Candela (Valor), Blanche (Mystic), Spark (Instinct). Perlawanan AI bersama setiap ketua pasukan bakal memberikan Stardust dan candy kepada pemain tetapi hanya terhad untuk satu perlawanan sahaja sehari.

Stardust dan candy yang dikumpul boleh digunakan untuk membuka skil Charge Attack baru bergantung kepada Pokemon seperti Dragonite atau Tyranitar perlu ada 75,000 Stardust dan 7,500 candy untuk dapatkan skil baru.

PvP Trainer Battle sudah dilancarkan hari ini dalam Pokemon GO di Android dan iOS. Apa tunggu lagi? Pokemon Trainers, ayuh kita bertempur!

Sumber: r/TheSilphRoad

RELATED NEWS

+