Pokemon Legends: Arceus boleh dipra-tempah bermula esok

Baru-baru ini Nintendo mengumumkan Pokemon Legends: Arceus di Nintendo Switch. Ia merupakan permainan video pokemon yang baru yang meceritakan bagaimana Pokedex untuk benua Sinnoh dipenuhkan oleh trainer terdahulu. Anda boleh saksikan video acah di bawah:

Anda perlu menangkap, meninjau, dan mengkaji semua Pokemon liar yang telah lama hilang dari era Sinnoh untuk membuat Pokedex pertama benua tersebut.

Anda akan dibawa ke Sinnoh iaitu sebuah tempat untuk Pokemon Diamond dan Pokemon Pearl. Pada zaman ini konsep Pokemon Trainer dan Pokemon League masih belum wujud.

Anda juga boleh memilih tiga Pokemon permulaan untuk mengembara bersama anda iaitu Rowlet, Cyndaquil dan Oshawott. Starters kali ini lain sedikit kerana anda menggunakan Pokemon dari benua lain.

Pokemon Legends: Arceus kini boleh dipra-tempah di laman rasmi Pokemon Nintendo dengan harga RM240+ (AS$59.99.). Pokemon Legends: Arceus juga akan tiba pada 28 Januari tahun depan.

RELATED NEWS

+