Pokemon Quest Kini Sedia Dimuat Turun Di iOS dan Android

Pokemon Company hari ini mengeluarkan permainan terbaru mereka berbentuk RPG iaitu Pokemon Quest untuk peranti pintar.

Pemain kini boleh mengunjungi Pulau Tumblecuba dan bermain dengan Pokemon yang berbentuk blok di Android dan iOS.

Pokemon Quest dah diumumkan awal dan dilancarkan di Nintendo Switch pada Mei. Dalam permainan ini, pemain membuat kem di Pulau Tumblecube dan menarik perhatian Pokemon lain. Pelatih (trainers) kemudian membawa tiga makhluk untuk berlain.

Teknik berlawan sedikit berlainan yang mana pemain perlu memenuhkan meter serangan untuk mengenakan damage kepada musuh. 

Ia kini boleh dimuat turun di App Store dan Google Play. Permainan ini juga mempunyai pembelian in-app. Kalau korang nak belajar tips bermain permainan ini, saksikan video di bawah!

Muat turun: iOS, Android

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+