Pokemon Sleep Membolehkan Korang Tidur Bersama Pokemon Kegemaran

Kepada yang teringin Pokemon selalu di samping korang, mimpi korang telah jadi kenyataan.

Pokemon Sleep adalah sebuah aplikasi mobile yang mengukur masa tidur dan bangun seseorang dengan menggunakan akselerometer dan hantar maklumat kepada Bluetooth melalui aplikasi Pokemon GO Plus Plus (ya, itu pun nama sebenar).

Pokemon GO Plus Plus mempunyai fungsi yang sama dengan Pokemon GO Plus (kreatifnya nama) iaitu satu peranti kecil boleh dipadankan dengan iPhone atau Android untuk memudahkan permainan Pokemon GO seperti kumpul Poke Ball dan Egg dengan satu klik.

Semasa di persidangan Pokemon baru-baru ini, mereka juga berkata ini akan beri impak kepada cara permainan dalam Pokemon GO. Korang boleh pasang Pokemon GO semasa siang manakala menggunakan Pokemon Sleep bila tidur.

Sempena pengumuman Pokemon Sleep, pemain bakal berjumpa dengan Snorlax yang lena dibuai mimpi dalam Pokemon GO sebagai satu tanda penghargaan bermula hari ini.

Pokemon Sleep bakal hadir ke telefon pintar pada 2020.

RELATED NEWS

+