Pokemon Sword And Shield: Pokemon Gen 8 Baru Diumumkan & Pokemon Gergasi Gigantamax!

The Pokemon Company baru mengeluarkan trailer baru untuk Pokemon Sword and Shield yang menunjukkan beberapa Pokemon Gen 8 baru berkeliaran di kawasan Galar dan memperkenalkan karakter unik untuk Gym Challenge serta tahap Dynamax lebih berkuasa dipanggil sebagai Gigantamaxing.

Meskipun Dynamaxing mengubah Pokemon bersaiz Godzilla, Gigantamaxing juga mengubah cara penampilan sesuatu Pokemon. Sebagai contoh, Dredmaw Gigantamax boleh berdiri berbanding meniarap manakala Corviknight Gigantamax akan mengibarkan sayapnya dan boleh terbang.

Hampir semua Pokemon boleh berevolusi kepada Dynamax tetapi hanya sesetengah spesis Pokemon sahaja boleh pergi ke tahap Gigantamax. Korang boleh menangkap Pokemon Gigantamax melalui Max Raid Battle yang mana memerlukan kerjasama 4 orang pemain untuk menjatuhkan spesies Pokemon unik.

Dari kiri: Alcremie, Yamper, Rolycoly dan Duraludon

Trailer di atas juga mempamerkan empat Pokemon terbaru iaitu Alcremie, Yamper, Duraludon dan Rolycoly. Alcremie adalah sejenis Pokemon Fairy yang menyerupai krim putar. Ia adalah salah satu Pokemon yang boleh pergi ke tahap Gigantamax dan bertukar menjadi kek menara gergasi. 

Untuk Yamper pula, ia adalah seekor Pokemon berupa anjing comel yang mempunyai kuasa Electric. Kebolehannya, Ball Fetch beri balik Poke Ball jika pemain baling Poke Ball itu ke arah Pokemon liar lain. Selain itu, Rolycoly adalah sejenis Pokemon arang jenis Rock dan Duraludon adalah jenis Pokemon Steel/Dragon.

Pokemon Sword dan Shield juga memperkenalkan Gym Leader iaitu Bea adalah pelatih khusus kepada Pokemon jenis Fighting yang bakal muncul dalam  Pokemon Sword manakala pelatih Allister adalah pakar Pokemon jenis Ghost yang hanya akan hadir dalam Pokemon Shield. Dua ahli jawatankuasa Pokemon League kawasan Galar juga ditonjolkan iaitu pengerusi bernama Rose dan setiausahanya, Oleana.

Pokemon Sword dan Shield bakal hadir di Nintendo Switch pada 15 November 2019.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+