Pokémon TCG Pocket adalah permainan video seterusnya untuk francais Pokémon.
Permainan video kad ini akan dilancarkan pada 30 Oktober ini di platform Android dan iOS.
Pokémon TCG Pocket juga membawa semula nostalgia memegang dan membuka pek kad tradisional.
Anda juga akan mendapat dua pek kad percuma setiap hari!
Gameplay untuk permainan ini seolah-olah memberikan anda pengalaman dengan kad-kad betul dimana anda boleh mengumpul dan sudah semestinya berlawan dengan orang lain.
Kad-kad yang ada juga akan mempunyai seni lukisan tersendiri yang sangat menarik dan lain daripada yang lain termasuk mempunyai efek khas untuk beberapa jenis kad Pokémon yang ada.
Banyak koleksi Pokémon yang anda boleh kumpul nanti.
Anda kini boleh pra-daftar di GooglePlay dan App Store.