Pokemon Unite adalah permainan MOBA terbaru di Switch dan platform mudah alih

Dalam pembentangan Pokemon Presents semalam, The Pokemon Company telah mengumumkan sebuah permainan video Pokemon baharu yang dibangunkan bersama Tencent.

Permainan video baharu ini bertajuk Pokemon Unite dan ia merupakan sebuah permainan “team battle” yang mempunyai ciri-ciri permainan MOBA seperti Mobile Legends: Bang Bang dan Arena of Valor.

Dalam setiap perlawanan Pokemon Unite, 10 pemain dipecahkan kepada dua pasukan. Setiap pemain akan memilih dan bermain sebagai satu salah Pokemon yang disediakan. Pasukan yang mengumpul markah tertinggi akan menang.

Untuk mendapatkan markah, pemain harus menewaskan dan menangkap Pokemon lain di sekitar peta dan menghantar Pokemon yang ditangkap ke kawasan gol.

The Pokemon Company belum mengumumkan tarikh pelancaran permainan video ini. Apa yang pasti ialah ia akan dilancarkan secara percuma di Nintendo Switch dan peranti mudah alih dan boleh dimain secara rentas platform.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+